Monday, September 17, 2012

apa khabar orang kampung?

Sudah lama tidak menulis. Terlalu sibuk dengan memikir perkara lain yang akhirnya tidak membawa apa-apa kredit kepada kehidupan. Setakat hanya kenangan yang menyeronokkan diri sendiri, sama seperti orang yang pergi melawat luar negara dengan gambar dan sovenir. setelah beberapa lama tidak lagi orang yang ingin mendengar cerita anda dan sovenir anda yang tergantung di dinding atau dalam bekas khas telah berabuk dan jadi antik. Akhirnya anda kutip satu persatu letak dalam kotak, disimpin disatu sudut dan terlupa hinggalah dijumpai cucu anda yang akan menggigit memori anda sehingga cucu tertanya-tanya apa sebenar dah jadi dengan datuk ini. Maka mungkinlah ada diantara mereka yang akan tekun mendengar cerita tersebut.  Kadangkala ia membuatkan anda sendiri tertanya-tanya apakah benar cucu aku ingin interested benar dengar cerita lama aku ini? Wow, bila habis bercerita kerana anda sudah semput untuk bercerita lama maka cucu anda akan menjerit beramai-ramai, bestnya!

Begitulah jika seseorang bercerita tentang  kemerdekaan dan perjuangan untuk berdikari dan berada dalam persaingan. Jika dibandingkan dengan beberapa buah negara yang agak banyak mencapai kemerdekaan bersama-sama dengan negara kita, bolehlah dibandingkan kemajuan yang dicapai dan kita tidak perlu bersedih kerana walaupun harga barang tinggi, tidaklah setinggi di sesetengah negara lain. Sekurang-kurangnya kita boleh membeli sebuah kereta walaupun tidak laju, dan rumah walaupun tidak besar tetap juga kita boleh membuat keputusan tentang apa yang kita mahu dengan diri kita. Lihat sahaja banyak negara di asia tenggara atau di afrika, kebanyakan mereka mencapai kemerdekaan selepas perang dunia kedua selepas britain ditekan supaya tidak lagi mengamalkan dasar empire mereka, rata-rata kita boleh berbangga dengan keamanan dan kebebasan kita. Kecualilah kita terdiri dari sebahagian mereka yang ingin memerintah kerana kita rasa kita lebih gah! Gah tak gah, kebebasan dijamin melalui pembuangan undi, tetapi aku biarlah cari kerja lain daripada buang masa untuk mengejar masa yang dah lepas berlalu. ...

Kelmarin beraya dirumah rakan di Kulai yang membuat rumah terbuka untuk rakan-rakan yang rapat agaknya. Wow, rumah link macam bangalow berharga lebih kurang sebuah kereta mewah import, sudah amat selesa didiami, walaupun masa ini agak sesak dengan ramai orang anak, tetapi bila sudah tua nanti, belum tentu  akan guna tingkat atas kerana dah penat untuk naik tangga! Itulah hasil kemerdekaan yang tidak disedari menyimbah kehidupan. Ramai rakan yang datang juga punya rumah. Ada diantaranya punya rumah lebih dari sebuah. Ada juga punya bini lebih dari seorang dan ada yang dapat melancung ke new zealand dan indonesia serta bosnia dan cina dan jepun dan england... wow, sudah banyak lebih duit untuk berbelanja bukan hanya kari ayam tetapi juga mac d, kfc dan nasi ayam penyek dan ikan banyak rasa. Alhamdulillah. Tetapi bak kata ahli psikologi, manusia ini akan suka kepada yang seronok dan elak dari yang menyakitkan. Yang sedap itu akan diulang-ulang, walaupun ianya membazir atau tidak dibolehkan. 

 

 

No comments:

Post a Comment