Tuesday, April 5, 2011

video skandal seks

Minggu lepas aku dikejutkan dengan satu lagi tuduhan skandal, yang dikaitkan dengan personaliti pembangkang terkenal. Semalam aku diberitahu oleh berita TV3, video tersebut, sebahagian kecil darinya telah dimuat dalam uTube. Cepat-cepat aku rayau di internet, akhirnya jumpa dalam satu blog. Gambar hitam putih. Tetapi kerana bukan menggunakan kamera untuk bikin filem, tidak begitu 'tajam', maka aku cuba untuk bikin yakin, siapkah pelaku dalam adegan tersebut. Hmm... bentuk kepalanya, agak penjung keatas. Saiz badannya, agak lebar di bahu. Anunya? Tak nampak...

Pagi ini, di pejabat beberapa rakan cuba tanya pendapat aku, betulkah dia? Mungkinkah ada orang lain yang mirip sama? Mungkinkah telah di'doktor'kan? Kalau bukan kenapa? Kalau betul kenapa? dan mengapa?

Aku diberitahu banyak gambar seperti ini, yang dinamakan pornografi, diedarkan secara percuma atau dijual oleh peraih video haram, dimerata tempat. Cuma berani tanya. Dia pandang engkau. Engkau pandang dia. Dia akan tunjukkan. Dengan harganya. Sesekali berita rampasan dan tangkapan oleh penguatkuasa dalam tv dan akhbar. Tetapi tidak pula pelakunya menjadi tajuk utama berita. Kerana ini melibatkan nama terkenal atas apa jua sebab, ia menjadi berita hangat. Agaknya orang ramai akan tertanya-tanya 'kenapa dia ni terlibat dengan pelacur dari negeri Cina?' Sedangkan mungkin ramai dari orang ramai juga terlibat dengan pelacur dari Malaysia, Cina, Rusia dan lain-lain? Sedangkan mungkin ramai juga dari mereka yang minat dengan berita ini juga terlibat dengan kawan, rakan dan kenalan dan bukan kenalan (mungkin anak atau isteri/suami orang) dari segi hubungan seksual? Apa bezanya?

High profile. Seorang pemimpin mesti boleh diikuti. Berdasarkan norma masyarakat yang boleh menyumbang kepada tamadun kemanusiaan. Sangat jelas dan logik. Hubungan seksual dari segi emosi, melibatkan perkongsian dan kasih sayang. Dari segi biologi boleh menyebabkan kehamilan anak. Berdasarkan ugama Islam, 'membuat cinta' tanpa ikatan perkahwinan salah. Apakah masyarakat mahukan pemimpin yang menganjurkan perbuatan salah? Sudah tentu tidak. Kita tidak mahu dikaitkan dengan dengan sesuatu yang kita tidak suka. Atau apa orang lain tidak suka. Suka atau tidak suka adalah penentu kepada sokongan, atau undian. Yang sangat penting dalam pilihan raya.

Bagi yang neutral... Tidak boleh lagi ambil mudah seperti dahulu, hampir kalah. Hampir menang. Apakah faktor penyatuan pemerintah? Apakah faktor penyatuan Pembangkang? Ia harus dihapuskan dengan apa cara. Itu mungkin teori konspirasi parti pemerintah. Itu juga mungkin teori konspirasi parti pembangkang. Sama saja. Taruhannya? Wang dan kuasa, nyawa dan kehidupan. Kepada mereka yang sangat bergantung kepada politik kepartian. Masya Allah...