Monday, September 17, 2012

apa khabar orang kampung?

Sudah lama tidak menulis. Terlalu sibuk dengan memikir perkara lain yang akhirnya tidak membawa apa-apa kredit kepada kehidupan. Setakat hanya kenangan yang menyeronokkan diri sendiri, sama seperti orang yang pergi melawat luar negara dengan gambar dan sovenir. setelah beberapa lama tidak lagi orang yang ingin mendengar cerita anda dan sovenir anda yang tergantung di dinding atau dalam bekas khas telah berabuk dan jadi antik. Akhirnya anda kutip satu persatu letak dalam kotak, disimpin disatu sudut dan terlupa hinggalah dijumpai cucu anda yang akan menggigit memori anda sehingga cucu tertanya-tanya apa sebenar dah jadi dengan datuk ini. Maka mungkinlah ada diantara mereka yang akan tekun mendengar cerita tersebut.  Kadangkala ia membuatkan anda sendiri tertanya-tanya apakah benar cucu aku ingin interested benar dengar cerita lama aku ini? Wow, bila habis bercerita kerana anda sudah semput untuk bercerita lama maka cucu anda akan menjerit beramai-ramai, bestnya!

Begitulah jika seseorang bercerita tentang  kemerdekaan dan perjuangan untuk berdikari dan berada dalam persaingan. Jika dibandingkan dengan beberapa buah negara yang agak banyak mencapai kemerdekaan bersama-sama dengan negara kita, bolehlah dibandingkan kemajuan yang dicapai dan kita tidak perlu bersedih kerana walaupun harga barang tinggi, tidaklah setinggi di sesetengah negara lain. Sekurang-kurangnya kita boleh membeli sebuah kereta walaupun tidak laju, dan rumah walaupun tidak besar tetap juga kita boleh membuat keputusan tentang apa yang kita mahu dengan diri kita. Lihat sahaja banyak negara di asia tenggara atau di afrika, kebanyakan mereka mencapai kemerdekaan selepas perang dunia kedua selepas britain ditekan supaya tidak lagi mengamalkan dasar empire mereka, rata-rata kita boleh berbangga dengan keamanan dan kebebasan kita. Kecualilah kita terdiri dari sebahagian mereka yang ingin memerintah kerana kita rasa kita lebih gah! Gah tak gah, kebebasan dijamin melalui pembuangan undi, tetapi aku biarlah cari kerja lain daripada buang masa untuk mengejar masa yang dah lepas berlalu. ...

Kelmarin beraya dirumah rakan di Kulai yang membuat rumah terbuka untuk rakan-rakan yang rapat agaknya. Wow, rumah link macam bangalow berharga lebih kurang sebuah kereta mewah import, sudah amat selesa didiami, walaupun masa ini agak sesak dengan ramai orang anak, tetapi bila sudah tua nanti, belum tentu  akan guna tingkat atas kerana dah penat untuk naik tangga! Itulah hasil kemerdekaan yang tidak disedari menyimbah kehidupan. Ramai rakan yang datang juga punya rumah. Ada diantaranya punya rumah lebih dari sebuah. Ada juga punya bini lebih dari seorang dan ada yang dapat melancung ke new zealand dan indonesia serta bosnia dan cina dan jepun dan england... wow, sudah banyak lebih duit untuk berbelanja bukan hanya kari ayam tetapi juga mac d, kfc dan nasi ayam penyek dan ikan banyak rasa. Alhamdulillah. Tetapi bak kata ahli psikologi, manusia ini akan suka kepada yang seronok dan elak dari yang menyakitkan. Yang sedap itu akan diulang-ulang, walaupun ianya membazir atau tidak dibolehkan. 

 

 

Wednesday, December 28, 2011

SBPA

Ini catatan rentetan aku setelah jabatan aku sibuk, walaupun hanya segelintar yabg bising, tentang ketidakpuasan kanaikan gaji. Mungkin ramai yang tidak puas hati dan hanya memendam rasa. Atau menerima dengan hati terbuka. Seolah-olah gaji nak naik, kalau boleh paling tinggi, macam kita beli barangan, nak yang terbaik tetapi hanya sanggup yang termurah. Jadi kerjaya ini macam komodoti lain. Komoditi lain, yang bermutu tentulah harganya pun tinggi.
Aku faham tabiat kita semua, selalu buat perbandingan, kerana perbandingan boleh meletakkan standard, selalunya praktis ini dalam dunia industri disebut benchmarking. Masalahnya, bila benchmarking, kita mudah dihanyut perasaan, selalunya dengki. Dengki ni, adalah inginkan orang lain yang dapat lebih baik dari kita supaya jatuh jadi macam kita. Kalau dengki kat orang lebih bawah, dan cuba bawa orang itu ditarik ke atas sama kita, disebut baik hati. Dengki jenis itu jarang sekali.
Gaji Turus bisa mencapai 60,000.00 rm sebulan, atau itu yang diuaruarkan. Wow. Tingginya. Apalah dia orang ni. Tapi fikir secara waspada, siapa terima gaji seperti ini? Mungkin hanya seorang sahaja. Mungkin tugasnya melampau semua rakyat Malaysia. Keputusanya jika silap boleh menyebabkan rakyat Malaysia bermasalah. Adakah keputusan yang anda buat melibatkan seramai orang?
Ada orang Malayu jadi tukang gunting rambut sewa kedai rm15 sehari. Dia kenakan bayaran rm7 sekepala. Bila 6 orang datang, dia tutup kedai walaupun baru pukul 11 pagi. Pasal? Sudah cukup bayar sewa dan makan minumnya. Senangnya hidup. Bagaimana untuk menjayakan DEB?
Bagaimana nak naik tangga gaji?

Thursday, October 27, 2011

pilihan raya 1

Walaupun tidak diwarwarkan secara agresif, pilihan raya ke 13 akan datang pasti menggiurkan. Kekecewaan sesi lepas cuba dibalas pada kali ini. Cabaran utama pihak pembangkang adalah untuk mempertahankan 'kemenangan' mereka. Atau mesti ada cita-cita untuk menang lagi hebat.
Kenapa bajet kali banyak membela kaum guru? Adakah mereka yang tertindas, atau yang sebaliknya? Guru mungkin dilihat sebagai agen penting proses politikusasi masyarakat. Zaman awal merdeka, guru adalah pendokong utama politik UMNO. Kini zaman ekonomik baru, peranan guru telah ditenggelami oleh pihak industrialis, kapitalis, usahawan yang melihat keuntungan daripada duit dan pelaburan duit, menyebabkab politik duit berleluasa atau kelihatan berleluasa. Guru yang merasa diketepikan, bersama dengan syarat pegawai kumpulan A tidak boleh sewenang terlibat dalam politik mungkin adalah paradoks utama masalah parti pemerintah.
Kembalikan semula ideologi nasionalisme. Belalah Kemelayuan, pasti kurang masalah. Orang Melayu mungkin boleh di ganggu iman nya tetapi akarnya tentu tidak boleh dicabut.

Friday, May 20, 2011

guru dan hari nya

Dulu dulu orang Melayu paling ramai jadi guru sebab banyak sekolah, terutama di luar bandar, perlukan guru. Lulus darjah enam dah boleh jadi guru. Guru adalah golongan elit luar bandar, jadi pemimpin tak langsung, budaya, ekonomi atau politik. Sebab itu ramai bekas wakil rakyat, adalah bekas guru. Sekali jadi guru, dah tukar profesion pun, masih dipanggil guru. Macam aku. Bila balik kampung, orang akan panggil Cikgu!.
Hari guru sentiasa dinanti para Guru, dan murid, terutama dah jadi macam budaya, hari bagi hadiah untuk guru. Takdeke hadiah untuk murid? Oh, itu hari murid-murid. Tahun ni, bukan saje hadiah dari murid, tapi juga hadiah dari ke menteri! Wow, tentu cikgu semua gembira.

Aku rasa tidak. Pasal? Gaji guru dah agak tinggi, berbanding tugas per masa. Graduan lain kerja 8 hingga 5, graduan guru setengah hari, dan banyak cuti. Memang guru patut banyak cuti, pasal kerja untuk ubah perangai orang lain perlukan otonomi masa. Bagi lagi gaji, mungkin tambah motivasi. Tapi bila sudah melampaui kekangan tenaga, ia sudah jadi pembaziran. Kerana setakat itu sajalah usaha mereka yang telah mencapai tahap maksimum. Tambahan guru sekolah rendah tanpa ijazah akan terpinga pinga lihat peluang (peluang saja pasal realitinya berapa persen yang berpeluang?) rakan sesekolah yang masa kerha tenaga dan beban serta akauntabiliti adalah sama. Apakah mereka yang gaji lebih tinggi punya beban lebih tinggi?i

Bila pendapatan melebihi sasaran, dan tugasan melebihi harapan, isu lain bermain. Terlalu banyak masa dihabiskan untuk usaha yang tak berbaloi, sehingga hilang pedoman. Contoh, banyak masa dihabis untuk cari dan hukum pelajar merokok. Tapi keluar aje pagar sekolah, yang merokok tetap merokok.? Perlu ada prioriti.

Naik gred untuk kepala guru yang tugas mungkin pandai suruh orang lain buat kerja, kejar guru yang gaji lebih rendah untuk buat kerja mereka atau hanya naik tanpa diketahui relevennya. Bagaimana guru guru lain yang tak dinampak kepala sumbangan kerana ia tidak boleh dibilang, intangibles?

Ada orang kata bila tanya orang atas apa yang nampak hanya dari atas saje. Nak tengok kat bawah, kena bongkokkan badan sedikit. Tidakpun, nanti seronok sendiri saje. . .

Thursday, May 19, 2011

gaji, harga barang dan video

Gaji aku dulu naik bila Pak Lah naikkan gaji staf awam. La ni gaji tu dah tak dapat tampung kenaikan harga barang. Yang naik melambung setiap hari dan bulan, bagaikan tak boleh dikawal lagi. Mana gi menteri pengguna? Setakat buat pengumuman harga barang terkawal adalah terkawal, sapa sapa boleh. Dah namanya pun terkawal. Kuasa pengguna mana? Perbelanjaan harian seolah oleh tak boleh dikawal. Itu yang ada duit lebih. Majoriti rakyat sekaya mana? Bila sudah ada rumah, walaupun murah, terpaksa bayar juga ansuran rumah. Setakat ada kereta kecik, masih perlu dibayar ansuran bulanan. Masalahnya komitmen dah ada. Bila harga barang naik, mana nak cari duit tampungan? Bagi yang gaji dah mati, macam orang yang dah pencen, terpaksa ikat perut. Taraf hidup merudum. Agaknya, kalau adakan pilihan raya umum sekarang, mungkin ramai yang undi pembangkang. Bukan tak percaya video seks, tapivideo hidup sendiri ada realiti sebenar.

Tuesday, April 5, 2011

video skandal seks

Minggu lepas aku dikejutkan dengan satu lagi tuduhan skandal, yang dikaitkan dengan personaliti pembangkang terkenal. Semalam aku diberitahu oleh berita TV3, video tersebut, sebahagian kecil darinya telah dimuat dalam uTube. Cepat-cepat aku rayau di internet, akhirnya jumpa dalam satu blog. Gambar hitam putih. Tetapi kerana bukan menggunakan kamera untuk bikin filem, tidak begitu 'tajam', maka aku cuba untuk bikin yakin, siapkah pelaku dalam adegan tersebut. Hmm... bentuk kepalanya, agak penjung keatas. Saiz badannya, agak lebar di bahu. Anunya? Tak nampak...

Pagi ini, di pejabat beberapa rakan cuba tanya pendapat aku, betulkah dia? Mungkinkah ada orang lain yang mirip sama? Mungkinkah telah di'doktor'kan? Kalau bukan kenapa? Kalau betul kenapa? dan mengapa?

Aku diberitahu banyak gambar seperti ini, yang dinamakan pornografi, diedarkan secara percuma atau dijual oleh peraih video haram, dimerata tempat. Cuma berani tanya. Dia pandang engkau. Engkau pandang dia. Dia akan tunjukkan. Dengan harganya. Sesekali berita rampasan dan tangkapan oleh penguatkuasa dalam tv dan akhbar. Tetapi tidak pula pelakunya menjadi tajuk utama berita. Kerana ini melibatkan nama terkenal atas apa jua sebab, ia menjadi berita hangat. Agaknya orang ramai akan tertanya-tanya 'kenapa dia ni terlibat dengan pelacur dari negeri Cina?' Sedangkan mungkin ramai dari orang ramai juga terlibat dengan pelacur dari Malaysia, Cina, Rusia dan lain-lain? Sedangkan mungkin ramai juga dari mereka yang minat dengan berita ini juga terlibat dengan kawan, rakan dan kenalan dan bukan kenalan (mungkin anak atau isteri/suami orang) dari segi hubungan seksual? Apa bezanya?

High profile. Seorang pemimpin mesti boleh diikuti. Berdasarkan norma masyarakat yang boleh menyumbang kepada tamadun kemanusiaan. Sangat jelas dan logik. Hubungan seksual dari segi emosi, melibatkan perkongsian dan kasih sayang. Dari segi biologi boleh menyebabkan kehamilan anak. Berdasarkan ugama Islam, 'membuat cinta' tanpa ikatan perkahwinan salah. Apakah masyarakat mahukan pemimpin yang menganjurkan perbuatan salah? Sudah tentu tidak. Kita tidak mahu dikaitkan dengan dengan sesuatu yang kita tidak suka. Atau apa orang lain tidak suka. Suka atau tidak suka adalah penentu kepada sokongan, atau undian. Yang sangat penting dalam pilihan raya.

Bagi yang neutral... Tidak boleh lagi ambil mudah seperti dahulu, hampir kalah. Hampir menang. Apakah faktor penyatuan pemerintah? Apakah faktor penyatuan Pembangkang? Ia harus dihapuskan dengan apa cara. Itu mungkin teori konspirasi parti pemerintah. Itu juga mungkin teori konspirasi parti pembangkang. Sama saja. Taruhannya? Wang dan kuasa, nyawa dan kehidupan. Kepada mereka yang sangat bergantung kepada politik kepartian. Masya Allah...

Monday, March 28, 2011

golf

Masuk umur separuh abad, sudah tinggalkan main tennis. Sebelum tu main bola sepak, sepak takraw, hoki dan pingpong. Hampir dua tahun pi joging. Ni dah mula penat selepas 5 minit. Nasib baik ada rakan sekerja nak jual set golf, murah katanya. Aku pun keluarkan 350rm untuk satu set besi. Pi pukul kat driving range. Selepas 5 kali, dah ada konfident untuk cangkul bola. Selalunya naik. Kawan kata alat tak cukup. Beg rm400. Driver rm700. Hybrid rm 350. 52degree rm250. 60 degree lagi rm 250. Tuala rm10. Pin rm 8. Bola? Hmmm. Bola rm20 sebiji. Nasib baik jalan tepi driving range ada pekerja golf course, agaknya, offer 50 biji. Harganya hanya rm50. Sudah jumlahnya berapa?
Selepas tiga bulan, belajar sendiri-sendiri dari buku, tv dan majalah, juga tengok pro di driving range latih pelajar-pelajar muda dan tua dari Jepun dan Korea, sudah sedia untuk praktis di padang sebenar.
Ok kawan. Besok boleh 18 hole.
K.
Apa kena bawa
Kasut dah beli?
lagi rm 123. Lagi?
Green fees. Weekend di xxxxx. RM256.
Wow.

Itulah pengalaman aku terlibat dalam permainan yang paling mahal di dunia.